SELAMAT DATANG KE BLOG E'ZA ZATY ♥

Monday 6 February 2012

Kepada Mu Ya' ALLAH



Berdiriku.. jatuhku..
Semuanya kerana takdir..
Takdir itu sudah tertulis oleh-Nya..
Usahlah aku berlari..
Mendustakan segalanya..
Walau apa yang terjadi..
Bersyukurlah..
Hargailah..

Hidupku..Matiku..
Telah ditetapkan tarikhnya..
Jika ku mati esok. .matilah
aku..
Jika ku mati saat ini..matilah
aku..

Maka,
Redhailah segalanya..
Takdir..
Ia boleh diubah..
Segala isinya..
Dengan usaha dari diri dan izin dari-Nya..

Tetapi..
Saat mula dan Akhirnya..
Tidak mungkin dapat diubah..
Hayatilah ilmu yang diturunkan..
Yang wujud disekeliling..
Agar kita dapat bersedia..
Agar diri dilengkapi iman dan taqwa..

Walau sedikit..
Janganlah tersesat dimamah dunia..
kerana ilmu yang dipelajari itu..
walau sikit..
Tapi bermakna..
janganlah dipandang rendah dan
remeh..

Jika diri ini ditimpa kesusahan..
Janganlah memarahi-Nya..
Senyumlah.. :)
Itu adat dunia..
Segalanya boleh diatasi..
Dengan usaha dan izin dari-Nya..
Jika gagal hari ini..
Bukan gagal untuk selamanya..

Ada hikmah bagi setiap kejadian yang berlaku..
Pandanglah ke hadapan..
Walau baik dan buruk..
Tiap sesuatu ada hikmahnya..
Kerana ia adalah takdir..
Takdir yang tertulis oleh-Nya..
Tuhan itu MAHA ADIL..

Maka bukakan mata dan minda..
Terimalah segalanya..
Dengan senyuman..
Berusahalah.. Hayatilah tiap sesuatu..
Agar kau tidak tersalah pilihan..
Kerana Tuhan sentiasa memberi peluang..
Hanya kita tidak bijak memilih..



-SEKIAN TERIMA KASIH-
  

No comments:

Post a Comment